`

`

Friday, 2 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015


Selamat tahun baru 2015. 

Segala yang berlaku pada tahun 2014 sama ada baik atau buruk dijadikan pengajaran dalam mematangkan lagi perjalanan hidup. Semoga tahun 2015 lebih baik daripada tahun 2014. 

Segala musibah yang berlaku seperti banjir di pantai timur yang agak teruk daripada tahun sebelumnya, kehilangan pesawat yang sehingga kini belum ditemui, terhempasnya pesawat, kemalangan yang meragut nyawa; semoga ada hikmah disebalik semua kejadian. Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA

Perkara yang terbaik dalam hidupku sepanjang tahun 2014 ialah melahirkan seorang anak. Perasaan di saat kali pertama menatap wajah anak tidak dapat diungkap melalui kata - kata. Inilah perasaan seorang ibu rupanya. Ada satu perasaan luhur, sebak, halus...memang besarnya rahmat Allah S.W.T. sehingga menitis air mata kesyukuranku terhadapNYA. Semoga kelahiran anak membawa kebaikan kepada dirinya dan semua. Sayang dan kasihilah kedua ibu bapa kita kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar.

Ada apa pada umur, hanya angka, tapi realiti dan hakikatnya umur semakin meningkat. 

No comments:

Post a Comment