`

`

Sunday, 25 January 2015

Philips Avent Feeding Bottle




Philips Avent Natural Feeding Bottle - RM150/set (sale)

Brands ini memang popular among para mama di luar sana. Normal price is RM299/set. Nowadays, banyak sale & mudah didapati di online, baby expo, baby shop, or hypermarket. So, beware & make sure beli yang original. Ada made in China; bottle nipis sedikit compare to made in England, see the label (Made in ...) below the bottle.

Based on my experience, pro botol ni:-

1. Easy to clean, permukaan botol luas, x panjang & x pendek.
2. Design selesa dipegang, x besar & x kecil.
3. Label jelas, so senang sukat.

Lain - lain benefit (Anti colic, ...) as shown di packaging, nak tahu sila tanya Mr. Google. 

My baby accept je time awal - awal dulu bagi. So, I tak pernah try brands or botol lain such as Tommee Tippee, MAM, Pigeon & etc. Teats better tukar every 3 months & botol every 6 months for hygiene reasons. Beli 3 bottles/set lebih jimat.




3 x 260ml/9oz Philips Avent Natural Feeding Bottle - RM80 (sale)

Kelemahan guna bottle Avent; boleh tertukar botol di nursery or rumah babysitters if ada/ramai baby lain guna same bottle. Al-maklumlah pilihan majoriti.



Wednesday, 21 January 2015

Baby Diaper Bag Simple Dimple


~Aku yang ke 175, yo o-o je~


Survey sana sini cari info tentang baby diaper bag yang ada di pasaran sekarang ini. Ada jenis galas tepi, ada galas belakang dan ada bimbit. Pendek kata, memang pelbagai sama ada dari segi material, color and size. 

At last, jatuh hati dengan Hard Shell Diaper Backpack from Simple Dimple. I beli online from Groupon for RM45 include delivery cost. Time ni my hubby outstation. So, I text him and send the above picture.

"Awak, what's your opinion about this offer? If OK saya nak beli."

"Ni same yang kita tengok di expo aritu ke, ada banyak compartment dalamnye?"

"Not sure, tapi baca description macam lebih kurang je dengan bag yang di expo tu but this one lebih murah. Delivery within 7 working days. So, how?"

"Ok, beli la. Mesti ada gunanya nanti."

Then, I pun click Buy Now. And hari yang keempat, I received the bag. Punya excited belek-belek beg tu and as conclusion puas hati. So, to my lovely baby, this is yours. Mommy pilih blue color for you. Ok kan... (^-^)

Why the bag menjadi pilihan?

1) Sama ada En. Hubby or Pn. Mommy dua-dua pun sesuai bawa because tak terlalu feminine.
2) Compartment pun menepati apa yang majority parent perlukan.
3) Personally, I lebih prefer backpack type. Selesa dan mudah dibawa. (macam budak sekolah!)
4) Boleh gantung pada stroller.
5) Trend sekarang.


So, checklist for baby diaper bag ~ Done!




Thursday, 15 January 2015

Puding Roti 5in1



Puding roti 5 in 1

Senang je ala - ala orang bujang. Ni output inovatif & kreatif & pandai - pandai sendiri based on bahan yang dah ready di rumah untuk dihabiskan stock before expired. And the output ~ tiptop.

Bahan - bahan:-

1) 5 keping roti. (dikoyak kecil - kecil)
2) Sedikit coklat masakan.
3) 5 keping biskut cracker. (dipatahkan kecil - kecil)
4) 1 sudu kecil coffee emulsion.
5) 1 sudu kecil esen vanilla.
6) 2 biji telur.
7) 3 sudu besar susu pekat manis.
8) 1/2 tin susu cair.
9) 3 sudu besar gula.

Cara - Cara:-

1) Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan dengan api perlahan sehingga warna kuning keemasan. Goyangkan loyang  untuk meratakan karamel. Ketepikan loyang untuk disejukkan sementara menyediakan bahan yang lain.
2) Masukkan ke dalam blender satu persatu bahan dan kisar sehingga halus, bermula susu cair, susu pekat, biskut, roti, coklat, telur, kopi, dan esen vanila.
3) Tapis dan masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas loyang tadi.
4) Kukuskan adunan selama 30 minit.
5) Sejukkan dan masukkan ke dalam peti. Dah boleh dimakan!

Alternatif bahan: Roti atau cracker (mana-mana satu pun boleh), chocolate or coffee (either one).


♪ 


Sunday, 11 January 2015

Normal Saline Rawat Selesema Bayi


Sterimar Spray, RM15 & Normal Saline, Eye Drops, RM4.50

As we known, bayi di bawah umur 2 tahun selalu dan mudah dijangkiti selesema. And normally, baby akan meragam bila selesema. Pelbagai tips dan petua sama ada moden or tradisional untuk merawat selesema boleh didapati through Mr. Google.

Info tentang selesema dan batuk:-

1) Normally selesema akan hilang after 5 days. Segera jumpa doctor if baby demam, kelihatan tidak bermaya, terhidrasi, dan telah lebih 5 hari selesema,
2) Batuk kahak akan baik after selesema baik. So, penting untuk hilangkan selesema terlebih dahulu.

Mika dijangkiti selesema one day after suntikan imunisasi 5 bulan. As a new mommy, of course la I google dulu cari info. After that, hampir semua kaedah dah buat but hingus Mika still meleleh and dah start batuk kahak. Oh no! Then, my sis told me time anak dia selesema dulu baby specialist syorkan dia guna nasal drops (I forgot the type and brand).

I jumpa pharmacist and pediatric, ada dua pilihan yang disarankan, jenis spray and titis as above picture. Personally, I prefer guna normal saline nasal drops dan sedut hingus guna mulut.

Cara guna:-

1) Baringkan baby. Letak kain atau bantal kecil bawah tengkuk.
2) Bersihkan hidung. Sedut hingus if needed, boleh guna nasal bulb/aspirator or guna mulut je macam orang dulu - dulu. (Sedut manja - manja je jangan terlalu kuat and make sure mulut dah dibersihkan).
3) Titiskan 1 titis sebelah kanan and biarkan seketika kemudian titiskan 1 titis sebelah kiri. Titiskan 2-3 kali sehari. InsyaAllah (dengan izin Allah S.W.T) selesema akan sembuh dalam masa 3 hari.

For hygiene purpose:-

1) Make sure hujung nasal drops tu tak kena hidung.
2) Jangan berkongsi nasal drops.
3) Guna dalam tempoh 4 minggu after buka.






Wednesday, 7 January 2015

First Time Mika Makan



BB Boy dah tumbuh gigi bawah 2 batang time 5M+. Start makan solid food as a new year gift. First menu is rice porridge. Menariknya, BB Boy pandai makan sendiri guna Kidsme food feeder without Mommy ajar. BB Boy ambil the food feeder dari tangan Mommy dan masukkan ke dalam mulut. Ekspresi BB Boy memang menarik dan kelakar.


~❤❤~

Friday, 2 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015


Selamat tahun baru 2015. 

Segala yang berlaku pada tahun 2014 sama ada baik atau buruk dijadikan pengajaran dalam mematangkan lagi perjalanan hidup. Semoga tahun 2015 lebih baik daripada tahun 2014. 

Segala musibah yang berlaku seperti banjir di pantai timur yang agak teruk daripada tahun sebelumnya, kehilangan pesawat yang sehingga kini belum ditemui, terhempasnya pesawat, kemalangan yang meragut nyawa; semoga ada hikmah disebalik semua kejadian. Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA

Perkara yang terbaik dalam hidupku sepanjang tahun 2014 ialah melahirkan seorang anak. Perasaan di saat kali pertama menatap wajah anak tidak dapat diungkap melalui kata - kata. Inilah perasaan seorang ibu rupanya. Ada satu perasaan luhur, sebak, halus...memang besarnya rahmat Allah S.W.T. sehingga menitis air mata kesyukuranku terhadapNYA. Semoga kelahiran anak membawa kebaikan kepada dirinya dan semua. Sayang dan kasihilah kedua ibu bapa kita kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar.

Ada apa pada umur, hanya angka, tapi realiti dan hakikatnya umur semakin meningkat.